Thursday, 1 December 2011

Rancangan Harian Kajian Tempatan

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan & Refleksi

Mata Pelajaran          : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari               : 19 Julai  2011 (Khamis)
Masa                           : 9.50.-10.50 pagi (60 minit)
Darjah                        : 6 (A)
Bil Pelajar                  : 45 orang
Tema/ Tajuk  : Bab 5 – Ekonomi Negara
Sub Tajuk                  : 5.2     Kegiatan Ekonomi dan Lokasi
                                     5.2d   Perlombongan
Hasil Pembelajaran   : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i.                    Menyenaraikan mineral yang dilombong di darat dan di dasar laut
ii.                  Menamakan lokasi perlombongan mineral di negara kita.
iii.                Menyenaraikan pusat pemprosesan petroleum dan gas asli.              
Pengetahuan Sedia Ada: i.Murid telah mengetahui salah satu faktor kedatangan Penjajah Portugis
                                            adalah disebabkan oleh lombong loji negara kita .
                                          ii.Murid-murid mengiringi bapa mereka pergi ke
                                            stesen minyak menambah minyak.
BBM                                :  Peta Malaysia, gambar pelantar minyak,
                                            borang pengurusan grafik                                          
Nilai murni                       : Penghargaan , berterima kasih , bersyukur , cinta kepada negara.
KBKK                              : Menghubungkait, menjana idea dan membuat banding beza .
Unsur Patriotisme            : Menghargai sumber alam sebagai anugerah Tuhan
Strategi                             : Berpusatkan bahan, guru dan pelajar
Kaedah                             : Perbincangan kumpulan , simulasi, inkuiri
                                            penemuan, konstruktivisme
Kemahiran Bahasa          : Kemahiran belajar , kemahiran berfikir.


Langkah
Isi Pengajaran
Aktiviti Pengajaran
Catatan/BBM
Set induksi
( 5 Minit )
Guru menunjukkan benda maujud dan soal jawab kepada murid .



1.Guru menunjukkan tiga benda maujud kepada murid.
(i) Barang kemas
(ii)Paku
(iii)Mutiara atau  minyak diesel

2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang barangan di atas.
a) Bolehkan kamu menamakan benda-benda tersebut?
b) Bolehkan kamu nyatakan sumber untuk mendapatkan benda-benda tersebut?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
KBKK:

Kemahiran berfikir


Langkah 1
( 15 Minit )


Murid menyenaraikan nama-nama mineral


1.Murid diminta merujuk BT. hlm. 26-27 tentang kawasan perlombongan mineral di negara kita.

2.Murid dipilih secara rawak untuk menyenaraikan nama-nama mineral tersebut di papan hijau.

3.Guru menjelaskan kita perlu berbangga kerana nagara mempunyai pelbagai mineral yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan hidup.




KBKK:

Inkuiri penemuan




Kemahiran belajar



Langkah 2
( 20 Minit )



Murid membuat bandingbaza



1.Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada setiap murid.



2.Murid diminta merujuk BT. halaman 26 untuk mengkaji peta kawasan yang terdapat mineral di negara kita.



3.Murid diminta meneliti peta tersebut dan melengkapkan borang pengurusan grafik.



Lokasi
Mineral
Perairan Sarawak
Petroleum dan gas asli
Mukah- Balingian
Arang batu
Tebedu
Emas
Lembah Kinta
Bijih timah


4.Murid diminta membandingkan hasil dapatan dengan murid lain untuk penambahbaikan.


5.Murid membincangkan hasil dapatan bersama-sama guru. Hasil yang lengkap ditampalkan dalam buku catatan.





KBKK:
Kemahiran belajar


BBM :
Borang pengurusan grafik








Langkah 3
( 15 Minit )


Guru mempamerkan gambar



1.Guru mempamerkan gambar pelantar minyak.


2.Guru menerangkan tentang fungsi pelantar minyak,iaitu:
a) Tempat menggali minyak mentah dari dasar laut.

b) Menyalurkan minyak mentah ke pusat pemprosesan.


3.Murid diminta merujuk BT. hlm. 26-27 untuk mengenal pasti pusat pemprosesan petroleum dan gas asli di negara kita.


4.Murid dipilih seacra rawak untuk menyenaraikan di papan hijau pusat pemprosesan petroleum dan gas asli di negara kita.

Pemerhatian


KBKK:
Kemahiran Berfikir Dengan Kritis dan Kreatif

Konstruktivisme




Inkuiri penemuan


Penutup
( 5 Minit )


Merumuskan hasil pembelajaran


1.Murid merumuskan hasil pembelajaran dengan menyenaraikan mineral yang dilombong, lokasi perlombongan dan dapat menamakan pusat pemprosesan petroleum dan gas asli.


2.Guru menilai rumusan murid dan membuat alasan lanjutan.




KBKK:
Membuat ramalan


Refleksi:
           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat Menyenaraikan mineral yang dilombong di darat dan di dasar laut , menamakan lokasi perlombongan mineral di negara kita dan menyenaraikan pusat pemprosesan petroleum dan gas asli.                                         
            Set induksi yang dijalankan telah menggunakan lebih banyak masa yang ditentukan oleh guru . Walaupun pengurusan masa tidak tepat , tetapi telah menarik perhatian murid .Mereka amat suka kaedah berlakon .Melalui perlakonan , murid lebih memahami kegunaan emas ,petroluem ,gas asli dan bijih timah . Pada langkah ketiga ,gambar pelantar minyakyang ditunjukkan di hadapan murid hanya warna putih dan hitam sahaja .
            Jadi , murid tidak dapat melihat dengan begitu jelas dengan setiap bahagian-bahagian kecil . Pengurusan masa guru perlu diperbaiki lagi . Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan ,masih tertinggal masa 5 minit lagi. Guru juga mendapati murid lebih berminat dengan menjalankan aktiviti dalam kumpulan .






No comments:

Post a Comment