Wednesday, 30 November 2011

Rancangan Harian Kajian Tempatan & Refleksi

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Mata Pelajaran          : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari               : 12  Jun  2011 (Jumaat)
Masa                           : 9.50.-10.50 pagi (60 minit)
Darjah                        : 6 (A)
Bil Pelajar                  : 45 orang
Tema/ Tajuk              : Bab 5 – Ekonomi Negara
Sub Tajuk                  : 5.2     Kegiatan Ekonomi dan Lokasi
                                      5.2c    Perhutanan
                                                  i.Pembalakan
                                                 ii.Pengeluaran hasil hutan seperti rotan,herba dan kayu bakau

Hasil Pembelajaran                          : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i.                    Menamakan pokok balak yang terdapat di negara kita.
ii.                  Menyenaraikan kawasan pembalakan di negara kita.
iii.                Menyenaraikan kegunaan daripada hasil pembalakan.

Pengetahuan Sedia Ada:                    i.         Murid telah mempelajari flora dan fauna di  
                                                                        pelbagai habitat .
                                                           ii.          Murid-murid mempunyai pengalaman 
                                                                       berkempen di hutan .
BBM                              : Kad imbasan, borang pengurusan grafik
Nilai murni                     : Penghargaan , berterima kasih , bersyukur , cinta kepada negara
KBKK                           : Menghubungkait, menjana idea dan membanding beza .
Unsur Patriotisme         : Bersyukur kerana Negara kita kaya dengan hasil hutan.
Strategi                          : Berpusatkan bahan, guru dan pelajar
Kaedah                          : Perbincangan kumpulan, interpersonal, verbal linguistik
Kemahiran Bahasa       : Kemahiran berfikir , kemahiran membaca


Refleksi :
          Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid  dapat menamakan pokok balak yang terdapat di negara kita , menyenaraikan kawasan pembalakan di negara kita dan menyenaraikan kegunaan daripada hasil pembalakan.Pada set induksi , guru telah menarik minat murid pada langkah ini .
          Guru menunjukkan tiga jenis barang maujud iaitu rotan , kayu mancis dan sapu lidi . selepas membuat pemerhatian , murid telah berjaya meneka apa yang akan diajar oleh guru hari ini .Pada langkah 1 , murid didapati keliru dengan jenis kayu balak , tetapi selepas guru menunjukkan gambar pokok balak dan menerangkan perbezaan itu , murid pun dapat menamakan jenis pokok balak yang terdapat di negara kita . Murid-murid begitu berminat dengan mengisi borang perngurusan grafik , mereka dapat mengisi negeri dengan kawasan pembalakannya . Setelah mereka menyiapkan borang pengurusan grafik , mereka menampalkan ia di dalam buku catatan . Pada langkah ketiga , guru mengedarkan brosur barangan yang dibuat daripada kayu balak dan bahan yang dibuat daripada bukan kayu sebagai perbandingan .Semasa menjalankan aktiviti ini , murid-murid menunjukkan bekerjasama dengan ahli kumpulan lain dan membuat perbincangan dengan percakapan yang sopan , disiplin kelas amat baik dan terkawal.
           Hasilan kumpulan murid ditampalkan di sudut Kajian Tempatan kelas . Murid-murid berasa begitu bangga dan puas hati terhadap hasilan dan diri sendiri . Menerusi aktiviti ini , murid lebih menghargai dan memahami kepentingan hutan terhadap manusia .

No comments:

Post a Comment