Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan & Refleksi
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari : 12 Mei 2011 (Khamis)
Masa : 10.00.-11.00 pagi (60 minit)
Darjah : 6 (A)
Bil Pelajar : 45 orang
Tema/ Tajuk : Bab 5 – Ekonomi Negara
Sub Tajuk : 5.2 Kegiatan Ekonomi dan Lokasi
5.2c Perhutanan
i.Pembalakan
ii.Pengeluaran hasil hutan seperti rotan,herba dan kayu
bakau
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i. Menamakan pokok balak yang terdapat di negara kita.
ii. Menyenaraikan kawasan pembalakan di negara kita.
iii. Menyenaraikan kegunaan daripada hasil pembalakan.
Pengetahuan Sedia Ada: i.Murid telah mempelajari flora dan fauna di
pelbagai habitat .
ii. Murid-murid mempunyai pengalaman
berkempen di hutan .
BBM : Kad imbasan, borang pengurusan grafik
Nilai murni : Penghargaan , berterima kasih , bersyukur , cinta kepada negara
KBKK : Menghubungkait, menjana idea dan membanding beza .
Unsur Patriotisme : Bersyukur kerana Negara kita kaya dengan hasil hutan.
Strategi : Berpusatkan bahan, guru dan pelajar
Kaedah : Perbincangan kumpulan, interpersonal, verbal linguistik
Kemahiran Bahasa : Kemahiran berfikir , kemahiran membaca .
Langkah | Isi Pengajaran | Aktiviti Pengajaran | Catatan/BBM | ||||||||||||||||||
Set induksi ( 5 minit) | Guru soal jawab murid | 1.Guru menunjukkan tiga benda maujud kepada murid. -kayu mancis -rotan -sapu lidi 2.Guru bersoal jawab murid tentang barangan di atas. 3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran ini. | Kemahiran berfikir BBM:kayu mancis, rotan, sapu lidi | ||||||||||||||||||
Langkah 1 (15 minit ) | Murid mencari maklumat tentang jenis nama kayu balak | 1.Murid diminta membaca Buku Teks untuk mencari maklumat tentang jenis nama kayu balak di Negara kita. 2.Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan nama-nama kayu balak tersebut di papan hitam. 3.Guru mempamerkan kad imbasan tentang jenis kayu balak yang terdapat di Negara kita. 4.Guru menjelaskan kayu balak di Negara kita adalah bermutu tinggi. | BBM:kad imbasan Inkuiri penemuan | ||||||||||||||||||
Langkah 2 (20minit ) | Murid memerhati peta kawasan pembalakan di Negara kita | 1. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada setiap murid. 2.Murid diminta merujuk Buku Teks untuk mengkaji peta kawasan pembalakan di Negara kita. 3.Murid diminta meneliti peta taburan kawasan pembalakan setiap negeri dan melengkapkan borang pengurusan grafik
4. Murid membincangkan dapatan bersama-sama guru. Hasil yang lengkap ditampalkan dalam buku catatan | KBKK:menjana idea BBM:borang pengurusan grafik Inkuiri penemuan Kemahiran belajar Kemahiran belajar | ||||||||||||||||||
Langkah 3 (15 minit ) | Murid menjalankan aktiviti kumpulan | 1.Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2.Guru mengedarkan brosur barangan pasar raya dan dua keping kertas kepada setiap kumpulan. 3.Kumpulan diminta membuat keratin gambar barangan yang dibuat daripada kayu balak dan bahan yang dibuat daripada bukan kayu sebagai perbandingan. 4.Kumpulan diminta menampalkan gambar tersebut di atas kertas sebak. 5.Kumpulan diminta menampalkan kertas sebak di Sudut Kajian Tempatan kelas. 6.Ahli-ahli kumpulan digalakkan untuk melihat dapatan kumpulan lain. 7.Guru memberi penjelasan dengan mengemukakan soalan kepada murid. a) Brosur barangan pasar raya yang diedarkan itu dibuat daripada apa? Jawapan murud: Kayu balak. b) Bagaimanakah caranya kayu balak diproses menjadi kertas risalah? c) Jawapan murid: | KBKK:membanding beza BBM:brosur,kertas serbak Kemahiran berfikir Konstruktivisme | ||||||||||||||||||
Penutup ( 5 minit) | Merumuskan hasil pembelajaran | 1.Murid merumuskan hasil pembelajaran dengan menamakan jenis-jenis kayu balak dan kawasan pembalakan di negara kita. 2Murid juga diminta menyatakan kegunaan daripada hasil balak. 3.Guru menilai rumusan murid dan membuat ulasan lanjutan. | KBKK Membuat ramalan |
Refleksi:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat menamakan pokok balak yang terdapat di negara kita , menyenaraikan kawasan pembalakan di negara kita dan menyenaraikan kegunaan daripada hasil pembalakan.Pada set induksi , guru telah menarik minat murid pada langkah ini .
Guru menunjukkan 3 jenis barang maujud iaitu rotan , kayu mancis dan sapu lidi . selepas membuat pemerhatian , murid telah berjaya meneka apa yang akan diajar oleh guru hari ini . Pada langkah 1 , murid didapati keliru dengan jenis kayu balak , tetapi selepas guru menunjukkan gambar pokok balak dan menerangkan perbezaan itu , murid pun dapat menamakan jenis pokok balak yang terdapat di negara kita . Murid-murid begitu berminat dengan mengisi borang perngurusan grafik , mereka dapat mengisi negeri dengan kawasan pembalakannya . Setelah mereka menyiapkan borang pengurusan grafik , mereka menampalkan ia di dalam buku catatan .
Pada langkah ketiga , guru mengedarkan brosur barangan yang dibuat daripada kayu balak dan bahan yang dibuat daripada bukan kayu sebagai perbandingan .Semasa menjalankan aktiviti ini , murid-murid menunjukkan bekerjasama dengan ahli kumpulan lain dan membuat perbincangan dengan percakapan yang sopan , disiplin kelas amat baik dan terkawal. Hasilan kumpulan murid ditampalkan di sudut Kajian Tempatan kelas .
Murid-murid berasa begitu bangga dan puas hati terhadap hasilan dan diri sendiri . Menerusi aktiviti ini , murid lebih menghargai dan memahami kepentingan hutan terhadap manusia .
No comments:
Post a Comment