TARIAN KUDA KEPANG
Kuda kepang merupakan satu permainan radisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya mereka yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu anyaman yang di bentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan.
Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan.
Alat bunyi – bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang, gong (berbentuk bulat dan diperbuat daripada gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor (seperti rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperi ruas buluh) dan bonang (dibuat daripada tembaga, ditengahnya bonjol bulat kira – kira lapan garis pusat).
Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis – majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang – orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari – hari perayaan.
Refleksi:
Topik yang guru mengajar dengan menggunakan video di atas ini ialah Kebudayaan dan Kesenian. Dalam topik ini, murid perlu belajar muzik dan tarian kaum negara kita. Selepas murid menonton video ini, murid diminta jawab nama jenis muzik dan tarian tradisional masyarakat Malaysia. Selepas itu, guru meminta murid memerhatikan tarian ini, dan murid belajar menari tarian kuda kepang. Murid-murid sangat minat dengan tarian ini, selain ini, mereka juga memahami asal-usul tarian ini dengan penerangan guru.
No comments:
Post a Comment