Wednesday, 30 November 2011

Rancangan Harian Kajian Tempatan & Refleksi

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Mata Pelajaran          : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari               : 12  Jun  2011 (Jumaat)
Masa                           : 9.50.-10.50 pagi (60 minit)
Darjah                        : 6 (A)
Bil Pelajar                  : 45 orang
Tema/ Tajuk              : Bab 5 – Ekonomi Negara
Sub Tajuk                  : 5.2     Kegiatan Ekonomi dan Lokasi
                                      5.2c    Perhutanan
                                                  i.Pembalakan
                                                 ii.Pengeluaran hasil hutan seperti rotan,herba dan kayu bakau

Hasil Pembelajaran                          : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i.                    Menamakan pokok balak yang terdapat di negara kita.
ii.                  Menyenaraikan kawasan pembalakan di negara kita.
iii.                Menyenaraikan kegunaan daripada hasil pembalakan.

Pengetahuan Sedia Ada:                    i.         Murid telah mempelajari flora dan fauna di  
                                                                        pelbagai habitat .
                                                           ii.          Murid-murid mempunyai pengalaman 
                                                                       berkempen di hutan .
BBM                              : Kad imbasan, borang pengurusan grafik
Nilai murni                     : Penghargaan , berterima kasih , bersyukur , cinta kepada negara
KBKK                           : Menghubungkait, menjana idea dan membanding beza .
Unsur Patriotisme         : Bersyukur kerana Negara kita kaya dengan hasil hutan.
Strategi                          : Berpusatkan bahan, guru dan pelajar
Kaedah                          : Perbincangan kumpulan, interpersonal, verbal linguistik
Kemahiran Bahasa       : Kemahiran berfikir , kemahiran membaca


Refleksi :
          Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid  dapat menamakan pokok balak yang terdapat di negara kita , menyenaraikan kawasan pembalakan di negara kita dan menyenaraikan kegunaan daripada hasil pembalakan.Pada set induksi , guru telah menarik minat murid pada langkah ini .
          Guru menunjukkan tiga jenis barang maujud iaitu rotan , kayu mancis dan sapu lidi . selepas membuat pemerhatian , murid telah berjaya meneka apa yang akan diajar oleh guru hari ini .Pada langkah 1 , murid didapati keliru dengan jenis kayu balak , tetapi selepas guru menunjukkan gambar pokok balak dan menerangkan perbezaan itu , murid pun dapat menamakan jenis pokok balak yang terdapat di negara kita . Murid-murid begitu berminat dengan mengisi borang perngurusan grafik , mereka dapat mengisi negeri dengan kawasan pembalakannya . Setelah mereka menyiapkan borang pengurusan grafik , mereka menampalkan ia di dalam buku catatan . Pada langkah ketiga , guru mengedarkan brosur barangan yang dibuat daripada kayu balak dan bahan yang dibuat daripada bukan kayu sebagai perbandingan .Semasa menjalankan aktiviti ini , murid-murid menunjukkan bekerjasama dengan ahli kumpulan lain dan membuat perbincangan dengan percakapan yang sopan , disiplin kelas amat baik dan terkawal.
           Hasilan kumpulan murid ditampalkan di sudut Kajian Tempatan kelas . Murid-murid berasa begitu bangga dan puas hati terhadap hasilan dan diri sendiri . Menerusi aktiviti ini , murid lebih menghargai dan memahami kepentingan hutan terhadap manusia .

Tuesday, 1 November 2011

Tempat pelacongan negeri Johor

Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru

                                                                    Zoo Johor Bahru
Tanjung Piai Pontian
Istana Johor Bahru
Pelabuhan Mersing
Pinggir Laut Mersing
Pulau Tioman
Masjid Batu Pahat
Gunung Ledang Segamat
Perigi Batu Pahat
Air Terjun Kota Tinggi

Refleksi:
 Pada akhir pengajaran, guru terdapat murid-murid telah ditarik oleh kecantikan tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negeri Johor. Selepas penerangan guru, apabila guru menunjukan sesuatu gambar tempat pelacongan, murid dapat menyatakan nama tempat ini dan sejarah atau perihal yang berkaitan dengan tempat pelancongan tersebut.
Guru juga menyatakan bahawa sesiapa yamg minat bolehlah mencari maklumat yang lebih litir melalui internet dan mencetak di kertas A4, dan menampal di papan sudut Kajian Tempatan. Ini terdapat seramai 11 orang murid menghantar maklumat yang mereka cari dan cetak.