Thursday, 1 December 2011

Lambang-lambang Malaysia

           Topik yang saya ajar pada 20.4.2011 (Rabu) ialah Lagu,bendera jata dan lambang-lambang negeri. Melalui wed site yang berikut saya terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan topik yang saya ingin mengajar.
http://buddysurvey4u.com/search/infobendera-malaysia/index.htm
http://merdeka09.smkaminuddinbakichemor.com/index_files/Page1398.htm
http://www.proprofs.com/games/puzzle/sliding/lambang-negara-malaysia/
http://project2307.tripod.com/Ini_bendera_malaysia.htm
http://blogkemerdekaan.blogspot.com/2010/09/lambang-malaysia_28.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

Saya menunjukkan gambar yang berikut, dan meminta murid membuat pemerhatian serta membuat penerangan

Saya menyoal satu gambar demi satu gambar

Gambar pertama:  Bendera Malaysia
Bendera Malaysia, juga dikenali sebagai Jalur Gemilang, dan jata atau lambang rasmi Kerajaan Malaysia merupakan lambang kemuliaan dan kedaulatan negara.Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia.  Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya. Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Gambar kedua: Lambang Malaysia
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima belah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pualu Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri itu adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu dipakai dalam Lambang Malaysia. Cogan - Besekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Di Raja Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Gamabr Ketiga: Bunga Raya
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Gambar Keempat: Perdana Menteri
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan.

Gambar Kelima: KLCC
Istimewanya, menara berkembar ini bukan saja kemuncak hasil titik peluh pakar kejuruteraan dari seluruh dunia tetapi paling utama ilhamnya berlandaskan visi bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang giat mengusahakan transformasi Malaysia.Arkitek termasyhur dari Amerika Syarikat, Cesar Pelli menjadi individu yang bertanggungjawab mencipta reka bentuk menara berkembar ini dengan menggabungkan motif Islam tradisional dengan pencakar langit moden. Dari London, New York dan Chicago, jurutera yang tidak pernah mendengar nama Malaysia akhirnya berkumpul di Malaysia.
Ia bagi menggubal wawasan Pelli. Malah, atas dasar kepercayaan kepada visinya serta misi Pelli, PM keempat Malaysia itu memanfaatkan kekayaan minyak tanah air untuk membina satu simbol antarabangsa yang melambangkan kemajuan Malaysia

Gamabar Keenam: Wang ringgit Malaysia\
Wang Kertas Ringgit Malaysia terdapat nilai seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit, lima puluh ringgit serta seratus ringgit. Manakala wang syling terdapat lima sen, sepuluh sen, dua puluh sen dan lima puluh sen.  
Dalam kegunaan haria, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.

Refleksi:

            Pada akhir pengajaran, murid dapat menghuraikan maksud warna dan lambangyang terdapat pada bendera Malaysia. Murid juga dapat mnjelaskan keistimewaan lambang-lambang pada jata Negara. Selain itu, murid dapat merujuk pelbagai sumber yang berkaitan dengan lambang-lambang negeri dan membincangkan sebab lambang-lambang itu dipilih. Selepas pengajaran ini, murid dipupuk dengan nilai menghormati lagu, bendera, jata dan lambang-lambang lain.



No comments:

Post a Comment